16 Nov 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sudah beberapa hari blog tiada entri baru. Sibuk, tiada masa, malas.  Mungkin juga ada alasan lain. Beberapa perkara yang dirancang untuk dikongsi bersama terbantut. Bermula dengan isu perbezaan hari raya Aidiladha, saya bengang dengan Arab Mesir, saya suka dengan Arab Mesir, karpet baru, kenapa saya gembira pada hari tersebut, persiapan untuk hari raya, dan banyak lagi. Kesempatan yang sedikit ini saya akan berkongsi beberapa perkara sahaja.

Hal berkaitan dengan perbezaan hari raya antara Malaysia dan beberapa negara yang lain dengan Mekah banyak dibincangkan di internet. Ringkasnya, ada pendapat yang mengatakan tiada apa-apa masalah dan begitulah sebaliknya. Hal berkaitan juga tentang puasa sunat 9 Zulhijjah atau puasa hari Arafah.

Bagi kawan-kawan pembaca yang berada di Tanta dan ingin membeli kain-kain untuk dijadikan langsir atau cadar, saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsi. Beberapa hari sebelum ini, saya dan Abdul Hakim ke Awwal Bahr. Sampai di sana, kami terus ke tempat yang dituju. Terlalu banyak kedai kain yang ada. Sudah tentu ada murah ada mahalnya. Kedai pertama kami masuk, kami ditawarkan harga LE16 semeter! Selepas dirunding, dikurangkan kepada LE12.50. Bila diberitahu bajet kami hanya LE11 semeter, dia bersetuju dan cakap 'mabrouk'. Dengan bangganya hakim bayar dan berada dari kedai itu.

Kami ke kedai cadar yang pernah dibeli oleh Taufiq. Hati masih terjentik-jentik untuk membeli cadar biru kuning. Ya, saya suka warna biru. Biru muda sahaja, biru tua memang dah layak untuk turun dari atas. Eh, ke mana ni? Tengok-tengok, pilih-pilih, hati macam berkenan jenis kain yang macam Hakim punya pula. Pakcik cakap, ada dua jenis, LE8 dan LE11. Aik, murahnya! Ringkas cerita, kain yang Hakim beli tadi, juga ada dijual di kedai ini. Kalau tadi Hakim dapat dengan harga 11 selepas diskaun, tapi pakcik ini boleh bagi dengan harga LE8 semeter! Tercengang saya masa tu. Apa punya gila lah pakcik tadi. Ya, saya memang emo.

Lepas ni, kalau kawan-kawan ada nak beli apa jua kain, TOLONG JANGAN beli di kedai TAWAKAL, sebelah bangunan Habitat. Dan tolong beli di kedai ALI ASY-SYANTANAWI (betul dah ni kot). Pakcik tu baik, boleh runding harga, dan paling penting, dia memang senang berkira bicara.

Beberapa tips lain yang mungkin boleh digunakan juga, contohnya, cuba perhatikan tindak tanduk tuan kedai tu.Maksud saya, kalau nampak sangat dia macam bersungguh-sungguh nak suruh kita beli barang kedainya, hati-hati! Mungkin harga yang diletakkan itu sebenarnya dua kali ganda lebih mahal dari kedai yang lain. Muka nampak baik, tapi hati Tuhan saja yang tahu.

Hari raya? Ya, saya gembira pada hari raya. Dapat video call dengan family membuatkan saya rasa macam ingin terus balik Kelantan. Ni ke alasan kenapa jarang telefon? Hihi. Malam sebelum raya, kami serumah balut popia tanpa dirancang. hampir 24 jam selepas balut, baru dapat makan hasilnya. Sedap! Awal pagi lagi dah bangun bersiap. Masjid Al-Busairi sebelah rumah ni sahaja tempat kami solat raya. Kami 7 beranak bersalaman dan bergambar. Pakcik bawab masjid pun nak join kami juga. Seronok tengok riak muka dia masa tu.

Kemudian ke Kahrobak nak beraya dengan 3 beranak lagi di sana. Tak sangka, dapat jumpa Wak Nazir, Habib Taufik KL, Omaq Kedah, dan 2 beranak Siberbay; Nabil dan Saifudin. Salam-salam, makan-makan, rehat-rehat, gelak-gelak, kemudian balik. Ingat nak ke Bait Izzah untuk tolong melapah atau apa-apa yang patut, tapi hajat tak kesampaian. Rintangan terlalu besar ada di hadapan.

3 beranak di Akhir Said? Maklum-maklum sahajalah. Hihi. Sebelum taip entri ini, mereka 3 beranak datang ke sini nak beraya. Kehadiran yang tidak cukup syarat. :)

No comments:

Post a Comment