27 Nov 2010

Saya sudah pegang AbgNgah D7000

Mula dengan cerita ringkas tengah hari tadi. Saya melayu. Kumsari dan penunggu itu arab tempatan. Hari ini seperti hari-hari kuliah biasa, orang Mesir sangat sesak sedang menunggu van atau bas untuk pulang. Saya, juga menunggu. Waktu perdana yang sangat sibuk, antara jam 1.00 hingga 2.00 petang. Sangat ramai. Van semua penuh, bas pula ada yang sanggup berdiri kaki sebelah di pintu. Nasib baik hari tidak panas.

Dari jauh lagi Kumsari memekik, "Gumlah Gumlah... ma fisy makan li Gumlah". Jahat betul Kumsari itu. Kalau tahu van sudah penuh, janganlah panggil. Kasihan si fulan tu, terkejar-kejar van tu. Saya pun hairan, takkan dia tak faham. Apapun, itu satu perangai pelik yang jarang saya temui.

Dan ini adalah tujuan utama entri kali ini. Nikon D7000 bersama AbgLah - Pakcik kepada seorang mahasiswa perubatan di Tanta. Sebelum ke kuliah tadi pagi, sempat jenguk-jenguk profile fb AbgLah, manalah tahu gambar-gambar rehlah ke Alex sudah ada. Jenguk punya jenguk, memang sudah ada. Sedang menjenguk dan mengomen gambar tu, AbgLah ajak makan malam ni, "boleh tengok dan cuba D7000". Itu tak penting (sebab saya belum mampu lagi), yang penting dapat berkenalan dan bersilaturahim. (Macam bagus je ayat :p ) Cuma, ingatkan dapat belanja kebab atau ayam bakar yang AbgLah pernah cakap nak dulu, rupanya tidak. Jumpa dan makan di Pasta Divina (PD).

Pukul 5.50 malam, keluar rumah dengan hati yang berdebar-debar. Macam mana nak susan ayat pertama, nak borak tentang apa, dan sebagainya. Sejuk bukan sebab suhu malam, tapi sebab berdebar. Hihi. Kali pertama juga (setelah lama tinggal di Tanta) saya tersesat jalan. Kaki melangkah, mata memandang, tapi fikiran entah ke mana. Sedar-sedar, dah nampak pagar Universiti Tanta. Aiseh, apekehe ni? Sepatutnya sampai on-time, saya terlewat.

Buka pintu, semua sudah sampai kecuali AL. Dia tinggal jauh, mungkin susah dapatkan bas. Nasib baiklah AbgLah ni peramah, mudah mesra, banyak modal nak borak. Kuranglah kekok. Tapi, mana D7000 itu?

"Yang ni AbgLah angkat tiga hari sebelum berangkat ke Mesir." Dia buka beg dan keluarkan D7000. !@#$%^&*()(*&^%$$%^ (Tak terkata untuk gambarkan kegembiraan masa tu). Tapi muka mesti segak! Buat-buat biasa saja masa tu. Terus AbgLah letak depan saya. Nak ke taknak... Nak ke taknak... "Wah, macam ini rupanya yang sekian lama tengok online. Besar tapi cun!" Tu ayat dalam hati.

Tak tahan sangat, saya angkat dan tengok badan dia. Mantap. Muka siap bertudung lagi. Badan kemas, bergetah, selesa. Saya pusing, saya perhati. Sabarlah hati.... Kemudian letak lagi. AbgLah sambung cerita pasal D7000 lagi. Lagi, apa yang berlaku tadi ya? Saya lupa. Mulut bercakap, mata memandang, kepala masih dengan D7000. Agaknya akan dapat mimpi lagi malam ini. Hihi.

Lepas lama tengok, saya pegang lagi. Kali ini AbgLah tunjuk gambar-gambar yang dirakam di Alex. Memang berbeza dengan yang ada di fb. Alamak, kena ujian lagi! Sabar hati, sabar! Guna mode Auto sahaja hati sudah terpikat, apa lagi kalau setting yang tersendiri. Kasihan pakcik dan makcik, sampai terlupa nak rakam gambar sebelum makan. Kerana kemara ada di hadapan saya. Hihi.

Esok AbgLah ajak outing di Semenanjung Sinai. Panjat gunung, rakam-rakam gambar. Sudah pasti AbangLong W120 akan ikut juga. AbangLong yang sudah banyak berjasa. Umurnya sudah dua tahun tiga bulan (30.8.2008). Rasanya  AbangLong W120 sudah inginkan seorang adik. Sabar ya AbangLong, 9 bulan 9 hari lagi insya-Allah akan dapat adik yang bernama D7000 tu. (Sabarlah wahai hati ya!)


Entah berapa kali sudah disuruh bersabar hati ini. Cukuplah dulu, semoga dapat lupakan buat sementara waktu ini. Sobsob...

(Saya malu kalau AbgLah turut baca entri ini)

No comments:

Post a Comment