4 Nov 2010

Ikan Bulti Goreng Tepung

Berita dan perkembangan hari ini, tiada apa yang menarik. Tidak dapat ke kuliah atas sebab-sebab tertentu. Malam ini sambungan siri perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah lagi. Team Kara dan Kipas Kara masih berusaha mendaki anak tangga.

Keluar rumah selepas zohor, dengan hati yang mengharapkan ikan bulti goreng tepung. Sanggup tak tunggu chef Abdullah Hafizzan siap masak. Sudah pasti masakannya enak sekali. Hehe. Sampai Kahrobak, baru tahu bahawa bekalan air terputus. Kesian saya, sudah pasti projek ikan bulti goreng tepung terpaksa dibatalkan. Sob sob. Rehat dan susun strategi untuk perlawanan malam ini. (Macam best je ayat ni).

Saya ada menonton tv rancangan Nat Geo Wild. Dokumentari tentang binatang. Apa yang menarik, bila sama-sama menontot tv bersama Mohd Saiffuddeen ni, dia memang 'pemerhati' betul-betul dalam setiap paparan tersebut. Dia kata, "orang kafir je tak tahu kena sembelih bahagian leher. Ni singa pun tahu nak membunuh mangsa macam mana". Eh, ada betul juga! Orang kafir lebih bodoh daripada singa ke?

Itu tentang nat Geo Wild, bila tengok rancangan Oh Yeah, rasa macam menjadi juga lawak tu. Dia cakap, untuk lebih menceriakan hidup dan merapatkan hubungan silaturahim, kita mesti sentiasa sindir-menyindir. Dia cakap lagi, kita mesti sentiasa bercakap dengan nada yang tenang, muka mesti senyum, mata tengok ke atas, dan tangan ke dada. Cuba lah!

Sebagai tanda penghargaan kepada anda yang sudi membaca blog ini, saya hadiahkan 'rojok jjepuk mmalah buwatey tangey Mujahid Lutfi' yang dirikues oleh Abdullah Hafizzan. Selamat malam.


Gambar lain akan diupload di fb tidak lama lagi.

2 comments:

  1. "Dia cakap, untuk lebih menceriakan hidup dan merapatkan hubungan silaturahim, kita mesti sentiasa sindir-menyindir" - jgn over,suda~ :p

    "Dia cakap lagi, kita mesti sentiasa bercakap dengan nada yang tenang, muka mesti senyum, mata tengok ke atas, dan tangan ke dada. Cuba lah" - u try dlu..hahahaha.. *tp kn,teringat plk seorg ustaz yg berperwatakan sedemikan tym mngajar* ^_^ tp tgn tu xde lh alathul d dada :D

    p/s : ado lg x kuah kacang tu? :p *slurrrpss*

    ReplyDelete
  2. kuah kacang dah habis. tgk gambar je lah ye.. :D

    ReplyDelete