5 Nov 2010

Saya sayang ahli bait saya

Macam mana saya boleh lupa nak update tiga perkara penting dalam entri semalam tu? Kerana saya ingin menulis, tapi tidak dirancang lebih awal. Itulah sebabnya, kenapa semua benda seeloknya kita tulis. Nak harapkan memori sendiri, sekejap ada sekejap tiada. Setuju kan?

Sebelum tidur malam semalam, dan juga sebelum kedatangan Jupa dan Yie ke Tanta, tuan rumah sewa ni datang nak bagi kiraan bil elektrik, gas, dan air. Kiraan yang sepatutnya boleh siap awal, terpaksa dilewatkan sebab ada dokumen daripada syarikah yang dia perlu rujuk lagi. Katanya.

Masa dia tengah kira bacaan meter elektrik dan gas, aku sempat tengok. Alhamdulillah macam semakin berkurang berbanding bil sebelum. Bolehlah berasa lega sekejap. Bila tengok bil yang dia hantar tu, alamak, macam mana boleh jadi lebih mahal? Tengok sekilas pandang, bil air sahaja sudah LE 192. Dalam masa lima bulan boleh kena bayaran sebanyak itu? Apa kes?! Bila ditanya, dia cakap semua bil air rumah dia kena nasib yang sama. Mungkin jumlah ini akan berterusan dalam bil-bil yang akan datang. Oh no!!!

Lepas subuh, bermulalah sesi pengiraan yang sepatutnya Najib yang buat. Saya bukanlah pandai sangat hal matametik, tapi terpaksalah. Selamba sahaja Ahmad Asraff Sanawi complain ya. Bagilah cadangan yang perlu ubah! Apa yang penting, duit yang aku terima dengan jumlah 'satu duit' itu rasanya semakin tidak mencukupi. Tolak tambah, sah sudah negatif! Kiraan untuk saya dan Najib untuk kali ini yang bermula 23.5.2010 berakhir 2.11.2010 ialah 'sesedikit' LE 186 sahaja! Ada orang yang baik hati ingin menolong? Kecil tapak tangan, Nikon D7000 saya tadahkan (ya, hasrat masih ada walaupun peluangnya tiada).

Saya perlu pendekkan entri kali ini. Perkara kedua, tentang kepulangan ahli bait, Wan Muhammad Najib (Abejib). Terlalu banyak kenangan saya, Abdullah Hafizzan, Mohd Naim dan dia. Suka banyak, duka pun banyak.Hihi. Profil fb dia, dirahsiakan. Saya ada benda yang ingin sampaikan di sini. Harap-haraplah anda yang membaca entri ini dapat tolong. Tolong sampaikan salam saya dan ahli bait yang lain (sementara dan tetap), juga kami ingin memohon maaf jika ada salah dan kasar sepanjang tinggal serumah (sudah tentu ada). Halalkan termakan aiskrim, termasak lauk, dan sebagainya. Untuk apa yang dah berlaku, dan apa yang tidak dijangka. Semoga dia selamat sampai ke Malaysia dan lulus temuduga kerja. Amin. (Ayat macam bagus).

Perkara ketiga, petang nanti, saya dan kawan-kawan akan turun ke Kaherah untuk menjemput adik-adik baru kami. Adik-adik baru Kuliah Al-Quran seramai empat orang. Dua antaranya akan tinggal di rumah ini - Muhamad Arif Yusoff yang ada Fan Clubnya yang tersendiri menggantikan tempat Mohd Naim yang akan berpindah tinggal berasingan bersama isterinya yang tercinta. Tahniah untuk ahli bait saya. Juga Ahmad Tarmizi yang akang menggantikan tempat Abejib. Ahlan wa sahlan. Rasanya, hampir semua bekas ahli bait saya yang keluar daripada rumah ini adalah untuk berkahwin!

3 comments:

  1. Ayat last skli tu sungguh mahal sekali.. respon dr Ana El-Bamba,cuma " sabar ye.. " (-.-)

    ReplyDelete
  2. Kecil tapak tangan, Nikon D7000 saya tadahkan <<< ayat ni lagi mahal.. hihi

    ReplyDelete