Kata Doktor Muhammad Salamah, "kita semua adalah ulama". Tidak kira apa bidang yang kita, tahap mana kita berada, atau berapa banyak pengetahuan kita. Beliau juga cakap, setiap Muslim itu ulama. Kenapa tidak? Sedangkan Allah berfirman di dalam Suran Ali 3Imran ayat ke-18 "شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ"
Wah, sebenarnya kita semua adalah ulama! Ya, dalam Tafsir Al-Qurthubi ada membincangkan makna ayat tersebut. Menurutnya, banyak pendapat yang mentafsirkan maksud kalimah وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ ini. Katanya, "ada pendapat ulama menyatakan, ia bermaksud sekalian Nabi 3Alaihimus Solatu Wassalam. Kata Ibnu Kaisan, ia merujuk kepada kaum Muhajirin dan Ansar. Maqatil pula berpendapat, semua orang yang beriman dari kalangan Ahli Kitab. Adapun di sisi As-siddi dan Al-Kalbi, ia merujuk kepada semua Mukmin".
Doktor juga cakap, ada yang mengatakan bahawa seseorang itu dianggap ulama apabila dia mengetahui sekurang-kurangnya tiga permasalah fikah. (Tiga je?) Itu saya ambil dari kalam doktor. :)
Jadi, apa peranan kita sebagai ulama? Saya tinggalkan anda semua dengan soalan tersebut, Kerana saya tidak ingin menulis tentang itu.
Itu cerita fasal kuliah tadi pagi. Apapun, saya berasa suka hati kerana Abah dan Ummi dah bank-in duit belanja bulan ini. LE720 dah banyak tu. Tapi kaya sekejap saja. Sampai rumah, terus tolak duit sewa, duit makan, duit internet, duit rusum kuliah, duit kitab kuliah, duit topup voda, dan duit lain-lain. (Masuk satu saja 'duit', tapi yang keluarnya 'berduit-duit'). Paling kurang, sudah dapat bernafas.
Bila dah dapat bernafas ni, teringat pula pada Ahmad Asraff Sanawi yang berada jauh di Kahrobak. Harap-harap esok dapat makan nasi lauk ikan bulti goreng tepung selepas gunting rambut. Saya menunggu jawapan yang tidak menghampakan sahaja. :)
Oh ya, malam ini perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah. Pasukan 'Kara' dan 'Kipas Kara' nampak sudah bersedia untuk naik ke tangga seterusnya (walaupun tidak banyak). Go Kara Go!!!
Off topic juga akhirnya. Hihi. Maklumlah, kerana saya ingin menulis apa yang saya suka.
Update: Amer dan ET dah sampai ke Sabah pagi semalam. Semoga seronok bercuti dan banyak ambil gambar.
dh kluar 'duit-duit' tu,pndai2 lh berjimat ye ^_^
ReplyDeleteel-Bamba: hihihi
ReplyDeletepesanan buat amer & Et.. bwk ole byk2~ :p
ReplyDelete