27 Nov 2010

Saya sudah pegang AbgNgah D7000

Mula dengan cerita ringkas tengah hari tadi. Saya melayu. Kumsari dan penunggu itu arab tempatan. Hari ini seperti hari-hari kuliah biasa, orang Mesir sangat sesak sedang menunggu van atau bas untuk pulang. Saya, juga menunggu. Waktu perdana yang sangat sibuk, antara jam 1.00 hingga 2.00 petang. Sangat ramai. Van semua penuh, bas pula ada yang sanggup berdiri kaki sebelah di pintu. Nasib baik hari tidak panas.

Dari jauh lagi Kumsari memekik, "Gumlah Gumlah... ma fisy makan li Gumlah". Jahat betul Kumsari itu. Kalau tahu van sudah penuh, janganlah panggil. Kasihan si fulan tu, terkejar-kejar van tu. Saya pun hairan, takkan dia tak faham. Apapun, itu satu perangai pelik yang jarang saya temui.

Dan ini adalah tujuan utama entri kali ini. Nikon D7000 bersama AbgLah - Pakcik kepada seorang mahasiswa perubatan di Tanta. Sebelum ke kuliah tadi pagi, sempat jenguk-jenguk profile fb AbgLah, manalah tahu gambar-gambar rehlah ke Alex sudah ada. Jenguk punya jenguk, memang sudah ada. Sedang menjenguk dan mengomen gambar tu, AbgLah ajak makan malam ni, "boleh tengok dan cuba D7000". Itu tak penting (sebab saya belum mampu lagi), yang penting dapat berkenalan dan bersilaturahim. (Macam bagus je ayat :p ) Cuma, ingatkan dapat belanja kebab atau ayam bakar yang AbgLah pernah cakap nak dulu, rupanya tidak. Jumpa dan makan di Pasta Divina (PD).

Pukul 5.50 malam, keluar rumah dengan hati yang berdebar-debar. Macam mana nak susan ayat pertama, nak borak tentang apa, dan sebagainya. Sejuk bukan sebab suhu malam, tapi sebab berdebar. Hihi. Kali pertama juga (setelah lama tinggal di Tanta) saya tersesat jalan. Kaki melangkah, mata memandang, tapi fikiran entah ke mana. Sedar-sedar, dah nampak pagar Universiti Tanta. Aiseh, apekehe ni? Sepatutnya sampai on-time, saya terlewat.

Buka pintu, semua sudah sampai kecuali AL. Dia tinggal jauh, mungkin susah dapatkan bas. Nasib baiklah AbgLah ni peramah, mudah mesra, banyak modal nak borak. Kuranglah kekok. Tapi, mana D7000 itu?

"Yang ni AbgLah angkat tiga hari sebelum berangkat ke Mesir." Dia buka beg dan keluarkan D7000. !@#$%^&*()(*&^%$$%^ (Tak terkata untuk gambarkan kegembiraan masa tu). Tapi muka mesti segak! Buat-buat biasa saja masa tu. Terus AbgLah letak depan saya. Nak ke taknak... Nak ke taknak... "Wah, macam ini rupanya yang sekian lama tengok online. Besar tapi cun!" Tu ayat dalam hati.

Tak tahan sangat, saya angkat dan tengok badan dia. Mantap. Muka siap bertudung lagi. Badan kemas, bergetah, selesa. Saya pusing, saya perhati. Sabarlah hati.... Kemudian letak lagi. AbgLah sambung cerita pasal D7000 lagi. Lagi, apa yang berlaku tadi ya? Saya lupa. Mulut bercakap, mata memandang, kepala masih dengan D7000. Agaknya akan dapat mimpi lagi malam ini. Hihi.

Lepas lama tengok, saya pegang lagi. Kali ini AbgLah tunjuk gambar-gambar yang dirakam di Alex. Memang berbeza dengan yang ada di fb. Alamak, kena ujian lagi! Sabar hati, sabar! Guna mode Auto sahaja hati sudah terpikat, apa lagi kalau setting yang tersendiri. Kasihan pakcik dan makcik, sampai terlupa nak rakam gambar sebelum makan. Kerana kemara ada di hadapan saya. Hihi.

Esok AbgLah ajak outing di Semenanjung Sinai. Panjat gunung, rakam-rakam gambar. Sudah pasti AbangLong W120 akan ikut juga. AbangLong yang sudah banyak berjasa. Umurnya sudah dua tahun tiga bulan (30.8.2008). Rasanya  AbangLong W120 sudah inginkan seorang adik. Sabar ya AbangLong, 9 bulan 9 hari lagi insya-Allah akan dapat adik yang bernama D7000 tu. (Sabarlah wahai hati ya!)


Entah berapa kali sudah disuruh bersabar hati ini. Cukuplah dulu, semoga dapat lupakan buat sementara waktu ini. Sobsob...

(Saya malu kalau AbgLah turut baca entri ini)

16 Nov 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sudah beberapa hari blog tiada entri baru. Sibuk, tiada masa, malas.  Mungkin juga ada alasan lain. Beberapa perkara yang dirancang untuk dikongsi bersama terbantut. Bermula dengan isu perbezaan hari raya Aidiladha, saya bengang dengan Arab Mesir, saya suka dengan Arab Mesir, karpet baru, kenapa saya gembira pada hari tersebut, persiapan untuk hari raya, dan banyak lagi. Kesempatan yang sedikit ini saya akan berkongsi beberapa perkara sahaja.

Hal berkaitan dengan perbezaan hari raya antara Malaysia dan beberapa negara yang lain dengan Mekah banyak dibincangkan di internet. Ringkasnya, ada pendapat yang mengatakan tiada apa-apa masalah dan begitulah sebaliknya. Hal berkaitan juga tentang puasa sunat 9 Zulhijjah atau puasa hari Arafah.

Bagi kawan-kawan pembaca yang berada di Tanta dan ingin membeli kain-kain untuk dijadikan langsir atau cadar, saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsi. Beberapa hari sebelum ini, saya dan Abdul Hakim ke Awwal Bahr. Sampai di sana, kami terus ke tempat yang dituju. Terlalu banyak kedai kain yang ada. Sudah tentu ada murah ada mahalnya. Kedai pertama kami masuk, kami ditawarkan harga LE16 semeter! Selepas dirunding, dikurangkan kepada LE12.50. Bila diberitahu bajet kami hanya LE11 semeter, dia bersetuju dan cakap 'mabrouk'. Dengan bangganya hakim bayar dan berada dari kedai itu.

Kami ke kedai cadar yang pernah dibeli oleh Taufiq. Hati masih terjentik-jentik untuk membeli cadar biru kuning. Ya, saya suka warna biru. Biru muda sahaja, biru tua memang dah layak untuk turun dari atas. Eh, ke mana ni? Tengok-tengok, pilih-pilih, hati macam berkenan jenis kain yang macam Hakim punya pula. Pakcik cakap, ada dua jenis, LE8 dan LE11. Aik, murahnya! Ringkas cerita, kain yang Hakim beli tadi, juga ada dijual di kedai ini. Kalau tadi Hakim dapat dengan harga 11 selepas diskaun, tapi pakcik ini boleh bagi dengan harga LE8 semeter! Tercengang saya masa tu. Apa punya gila lah pakcik tadi. Ya, saya memang emo.

Lepas ni, kalau kawan-kawan ada nak beli apa jua kain, TOLONG JANGAN beli di kedai TAWAKAL, sebelah bangunan Habitat. Dan tolong beli di kedai ALI ASY-SYANTANAWI (betul dah ni kot). Pakcik tu baik, boleh runding harga, dan paling penting, dia memang senang berkira bicara.

Beberapa tips lain yang mungkin boleh digunakan juga, contohnya, cuba perhatikan tindak tanduk tuan kedai tu.Maksud saya, kalau nampak sangat dia macam bersungguh-sungguh nak suruh kita beli barang kedainya, hati-hati! Mungkin harga yang diletakkan itu sebenarnya dua kali ganda lebih mahal dari kedai yang lain. Muka nampak baik, tapi hati Tuhan saja yang tahu.

Hari raya? Ya, saya gembira pada hari raya. Dapat video call dengan family membuatkan saya rasa macam ingin terus balik Kelantan. Ni ke alasan kenapa jarang telefon? Hihi. Malam sebelum raya, kami serumah balut popia tanpa dirancang. hampir 24 jam selepas balut, baru dapat makan hasilnya. Sedap! Awal pagi lagi dah bangun bersiap. Masjid Al-Busairi sebelah rumah ni sahaja tempat kami solat raya. Kami 7 beranak bersalaman dan bergambar. Pakcik bawab masjid pun nak join kami juga. Seronok tengok riak muka dia masa tu.

Kemudian ke Kahrobak nak beraya dengan 3 beranak lagi di sana. Tak sangka, dapat jumpa Wak Nazir, Habib Taufik KL, Omaq Kedah, dan 2 beranak Siberbay; Nabil dan Saifudin. Salam-salam, makan-makan, rehat-rehat, gelak-gelak, kemudian balik. Ingat nak ke Bait Izzah untuk tolong melapah atau apa-apa yang patut, tapi hajat tak kesampaian. Rintangan terlalu besar ada di hadapan.

3 beranak di Akhir Said? Maklum-maklum sahajalah. Hihi. Sebelum taip entri ini, mereka 3 beranak datang ke sini nak beraya. Kehadiran yang tidak cukup syarat. :)

9 Nov 2010

10 hari terbaik sepanjang tahun!

Beberapa hari sebelum ini saya agak ripuh dengan beberapa aktiviti. Perpindahan dua orang ahli bait daripada Kaherah, mengemas rumah, dan beberapa aktiviti yang lain. Kali ini saya ingin bercerita tentang sebuah filem; Triple Tap (2010). Melalui pendapat beberapa orang kawan, filem ini dikatakan begitu seronok untuk ditonton dek aksi-aksi yang dilakonkan. Tapi selepas beberapi hari menonton filem yang hanya 117 minit ini,  saya lebih setuju dengan rate yang telah diberikan di IMDb sebanyak 6.4/10 bintang. Aksi memang ada, tapi bagi saya jalan ceritanya agak membosankan. Ini pendapat saya dan saya bebas menyatakan pendapat saya. Ya, sudah tentu Kerana saya ingin menulis apa yang saya fikirkan. Anda memang bijak!

Saya amat tertarik dengan satu babak perbualan antara hero dengan 'otai'nya. Otainya menasihatkan, "skills, requiers requires unending practices... after you achieve absolute confidence... instinct will make you take the move... with no hesitance...." Sudah pasti ia patut dikongsi bersama, kan? Oh ya, kenapa saya perlukan 'beberapa hari' untuk khatamkan filem ini? Sebabnya, filem ini agak membosankan. Hihi.

Lagi cerita tentang pasca kepulangan ahli bait saya, Abejib. Selepas Abong @ Mohamad Arif dan Miji @ Ahmad Tarmizi masuk dan pilih bilik masing-masing, abong ke bilik abejib dan miji ke bilik loh. Loh kongsi bilik dengan miji ke? Bukan, loh masuk bilik naim. Naim pula macam mana? Eh, anda belum tahu ke? Naim akan kahwin tak lama lagi. Boleh rujuk kad jemputan kahwinnya ini yang diupload ke FB beberapa hari yang lalu.

Apa yang menarik dengan cerita pasca kepulangan abejib ini ialah, dia tinggalkan biliknya dengan keadaan yang agak dahsyat. Positif dan negatif. Saya sekadar menceritakan apa yang positif, negatifnya biarlah saya yang merasakannya. Hihi. Barang-barang seperti duit syiling 25, 50, 100 piastres sangat banyak ditinggalkan berasingan. Di dalam laci, almari, fail-fail dan di mana-mana. Jumlahnya 10000 piastres atau mungkin lebih! Lagi seperti handphone yang hanya rosak skrin, keyboard muzik, dan paling menarik, USB broadband! Sudah tentu kad sim broadband tersebut tidak berfungi lagi. Itu saja yang kurangnya. Yang pasti, abejib banyak meninggalkan khazanah alam. Duit sejumlah 10000 piastres itu akan digunakan untuk kebajikan rumah, insya-Allah. Semoga ia dapat dijadikan amal jariah untuk semua. Amin.

Tadi, semasa mengemas ruang tamu dan menyusun kedudukan mesin basuh, Loh menceritakan ada satu perkara yang agak menggemparkan. Pahlawan Istad maju selangkah lagi kehadapan bila terdaftarnya sebuah blog dengan tajuk بهلاوان استاد اليوم  selepas wujudnya group di fb. Admin kita, Encik Amru kini lebih aktif! Semoga tiada pihak yang ingin menceroboh dan merosakkan blog tersebut. Hihi.

Majulah pemuda untuk Islam. Takbir!

Untuk renungan kita kali ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan harian kita. Hari ini sudah 2 Zulhijjah, berbaki lapan hari daripada 10 hari yang terbaik sepanjang tahun! Jika berkesempatan, boleh layari blog Ustaz Zaharuddin yang menceritakan tentang Zulhijjah dan Aidiladha serta beberapa hukum. Semoga kita semua berjaya!

Glosari:
Ripuh
1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 
2. banyak kerja, sibuk, repot; 
3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.