27 Nov 2010

Saya sudah pegang AbgNgah D7000

Mula dengan cerita ringkas tengah hari tadi. Saya melayu. Kumsari dan penunggu itu arab tempatan. Hari ini seperti hari-hari kuliah biasa, orang Mesir sangat sesak sedang menunggu van atau bas untuk pulang. Saya, juga menunggu. Waktu perdana yang sangat sibuk, antara jam 1.00 hingga 2.00 petang. Sangat ramai. Van semua penuh, bas pula ada yang sanggup berdiri kaki sebelah di pintu. Nasib baik hari tidak panas.

Dari jauh lagi Kumsari memekik, "Gumlah Gumlah... ma fisy makan li Gumlah". Jahat betul Kumsari itu. Kalau tahu van sudah penuh, janganlah panggil. Kasihan si fulan tu, terkejar-kejar van tu. Saya pun hairan, takkan dia tak faham. Apapun, itu satu perangai pelik yang jarang saya temui.

Dan ini adalah tujuan utama entri kali ini. Nikon D7000 bersama AbgLah - Pakcik kepada seorang mahasiswa perubatan di Tanta. Sebelum ke kuliah tadi pagi, sempat jenguk-jenguk profile fb AbgLah, manalah tahu gambar-gambar rehlah ke Alex sudah ada. Jenguk punya jenguk, memang sudah ada. Sedang menjenguk dan mengomen gambar tu, AbgLah ajak makan malam ni, "boleh tengok dan cuba D7000". Itu tak penting (sebab saya belum mampu lagi), yang penting dapat berkenalan dan bersilaturahim. (Macam bagus je ayat :p ) Cuma, ingatkan dapat belanja kebab atau ayam bakar yang AbgLah pernah cakap nak dulu, rupanya tidak. Jumpa dan makan di Pasta Divina (PD).

Pukul 5.50 malam, keluar rumah dengan hati yang berdebar-debar. Macam mana nak susan ayat pertama, nak borak tentang apa, dan sebagainya. Sejuk bukan sebab suhu malam, tapi sebab berdebar. Hihi. Kali pertama juga (setelah lama tinggal di Tanta) saya tersesat jalan. Kaki melangkah, mata memandang, tapi fikiran entah ke mana. Sedar-sedar, dah nampak pagar Universiti Tanta. Aiseh, apekehe ni? Sepatutnya sampai on-time, saya terlewat.

Buka pintu, semua sudah sampai kecuali AL. Dia tinggal jauh, mungkin susah dapatkan bas. Nasib baiklah AbgLah ni peramah, mudah mesra, banyak modal nak borak. Kuranglah kekok. Tapi, mana D7000 itu?

"Yang ni AbgLah angkat tiga hari sebelum berangkat ke Mesir." Dia buka beg dan keluarkan D7000. !@#$%^&*()(*&^%$$%^ (Tak terkata untuk gambarkan kegembiraan masa tu). Tapi muka mesti segak! Buat-buat biasa saja masa tu. Terus AbgLah letak depan saya. Nak ke taknak... Nak ke taknak... "Wah, macam ini rupanya yang sekian lama tengok online. Besar tapi cun!" Tu ayat dalam hati.

Tak tahan sangat, saya angkat dan tengok badan dia. Mantap. Muka siap bertudung lagi. Badan kemas, bergetah, selesa. Saya pusing, saya perhati. Sabarlah hati.... Kemudian letak lagi. AbgLah sambung cerita pasal D7000 lagi. Lagi, apa yang berlaku tadi ya? Saya lupa. Mulut bercakap, mata memandang, kepala masih dengan D7000. Agaknya akan dapat mimpi lagi malam ini. Hihi.

Lepas lama tengok, saya pegang lagi. Kali ini AbgLah tunjuk gambar-gambar yang dirakam di Alex. Memang berbeza dengan yang ada di fb. Alamak, kena ujian lagi! Sabar hati, sabar! Guna mode Auto sahaja hati sudah terpikat, apa lagi kalau setting yang tersendiri. Kasihan pakcik dan makcik, sampai terlupa nak rakam gambar sebelum makan. Kerana kemara ada di hadapan saya. Hihi.

Esok AbgLah ajak outing di Semenanjung Sinai. Panjat gunung, rakam-rakam gambar. Sudah pasti AbangLong W120 akan ikut juga. AbangLong yang sudah banyak berjasa. Umurnya sudah dua tahun tiga bulan (30.8.2008). Rasanya  AbangLong W120 sudah inginkan seorang adik. Sabar ya AbangLong, 9 bulan 9 hari lagi insya-Allah akan dapat adik yang bernama D7000 tu. (Sabarlah wahai hati ya!)


Entah berapa kali sudah disuruh bersabar hati ini. Cukuplah dulu, semoga dapat lupakan buat sementara waktu ini. Sobsob...

(Saya malu kalau AbgLah turut baca entri ini)

16 Nov 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Sudah beberapa hari blog tiada entri baru. Sibuk, tiada masa, malas.  Mungkin juga ada alasan lain. Beberapa perkara yang dirancang untuk dikongsi bersama terbantut. Bermula dengan isu perbezaan hari raya Aidiladha, saya bengang dengan Arab Mesir, saya suka dengan Arab Mesir, karpet baru, kenapa saya gembira pada hari tersebut, persiapan untuk hari raya, dan banyak lagi. Kesempatan yang sedikit ini saya akan berkongsi beberapa perkara sahaja.

Hal berkaitan dengan perbezaan hari raya antara Malaysia dan beberapa negara yang lain dengan Mekah banyak dibincangkan di internet. Ringkasnya, ada pendapat yang mengatakan tiada apa-apa masalah dan begitulah sebaliknya. Hal berkaitan juga tentang puasa sunat 9 Zulhijjah atau puasa hari Arafah.

Bagi kawan-kawan pembaca yang berada di Tanta dan ingin membeli kain-kain untuk dijadikan langsir atau cadar, saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsi. Beberapa hari sebelum ini, saya dan Abdul Hakim ke Awwal Bahr. Sampai di sana, kami terus ke tempat yang dituju. Terlalu banyak kedai kain yang ada. Sudah tentu ada murah ada mahalnya. Kedai pertama kami masuk, kami ditawarkan harga LE16 semeter! Selepas dirunding, dikurangkan kepada LE12.50. Bila diberitahu bajet kami hanya LE11 semeter, dia bersetuju dan cakap 'mabrouk'. Dengan bangganya hakim bayar dan berada dari kedai itu.

Kami ke kedai cadar yang pernah dibeli oleh Taufiq. Hati masih terjentik-jentik untuk membeli cadar biru kuning. Ya, saya suka warna biru. Biru muda sahaja, biru tua memang dah layak untuk turun dari atas. Eh, ke mana ni? Tengok-tengok, pilih-pilih, hati macam berkenan jenis kain yang macam Hakim punya pula. Pakcik cakap, ada dua jenis, LE8 dan LE11. Aik, murahnya! Ringkas cerita, kain yang Hakim beli tadi, juga ada dijual di kedai ini. Kalau tadi Hakim dapat dengan harga 11 selepas diskaun, tapi pakcik ini boleh bagi dengan harga LE8 semeter! Tercengang saya masa tu. Apa punya gila lah pakcik tadi. Ya, saya memang emo.

Lepas ni, kalau kawan-kawan ada nak beli apa jua kain, TOLONG JANGAN beli di kedai TAWAKAL, sebelah bangunan Habitat. Dan tolong beli di kedai ALI ASY-SYANTANAWI (betul dah ni kot). Pakcik tu baik, boleh runding harga, dan paling penting, dia memang senang berkira bicara.

Beberapa tips lain yang mungkin boleh digunakan juga, contohnya, cuba perhatikan tindak tanduk tuan kedai tu.Maksud saya, kalau nampak sangat dia macam bersungguh-sungguh nak suruh kita beli barang kedainya, hati-hati! Mungkin harga yang diletakkan itu sebenarnya dua kali ganda lebih mahal dari kedai yang lain. Muka nampak baik, tapi hati Tuhan saja yang tahu.

Hari raya? Ya, saya gembira pada hari raya. Dapat video call dengan family membuatkan saya rasa macam ingin terus balik Kelantan. Ni ke alasan kenapa jarang telefon? Hihi. Malam sebelum raya, kami serumah balut popia tanpa dirancang. hampir 24 jam selepas balut, baru dapat makan hasilnya. Sedap! Awal pagi lagi dah bangun bersiap. Masjid Al-Busairi sebelah rumah ni sahaja tempat kami solat raya. Kami 7 beranak bersalaman dan bergambar. Pakcik bawab masjid pun nak join kami juga. Seronok tengok riak muka dia masa tu.

Kemudian ke Kahrobak nak beraya dengan 3 beranak lagi di sana. Tak sangka, dapat jumpa Wak Nazir, Habib Taufik KL, Omaq Kedah, dan 2 beranak Siberbay; Nabil dan Saifudin. Salam-salam, makan-makan, rehat-rehat, gelak-gelak, kemudian balik. Ingat nak ke Bait Izzah untuk tolong melapah atau apa-apa yang patut, tapi hajat tak kesampaian. Rintangan terlalu besar ada di hadapan.

3 beranak di Akhir Said? Maklum-maklum sahajalah. Hihi. Sebelum taip entri ini, mereka 3 beranak datang ke sini nak beraya. Kehadiran yang tidak cukup syarat. :)

9 Nov 2010

10 hari terbaik sepanjang tahun!

Beberapa hari sebelum ini saya agak ripuh dengan beberapa aktiviti. Perpindahan dua orang ahli bait daripada Kaherah, mengemas rumah, dan beberapa aktiviti yang lain. Kali ini saya ingin bercerita tentang sebuah filem; Triple Tap (2010). Melalui pendapat beberapa orang kawan, filem ini dikatakan begitu seronok untuk ditonton dek aksi-aksi yang dilakonkan. Tapi selepas beberapi hari menonton filem yang hanya 117 minit ini,  saya lebih setuju dengan rate yang telah diberikan di IMDb sebanyak 6.4/10 bintang. Aksi memang ada, tapi bagi saya jalan ceritanya agak membosankan. Ini pendapat saya dan saya bebas menyatakan pendapat saya. Ya, sudah tentu Kerana saya ingin menulis apa yang saya fikirkan. Anda memang bijak!

Saya amat tertarik dengan satu babak perbualan antara hero dengan 'otai'nya. Otainya menasihatkan, "skills, requiers requires unending practices... after you achieve absolute confidence... instinct will make you take the move... with no hesitance...." Sudah pasti ia patut dikongsi bersama, kan? Oh ya, kenapa saya perlukan 'beberapa hari' untuk khatamkan filem ini? Sebabnya, filem ini agak membosankan. Hihi.

Lagi cerita tentang pasca kepulangan ahli bait saya, Abejib. Selepas Abong @ Mohamad Arif dan Miji @ Ahmad Tarmizi masuk dan pilih bilik masing-masing, abong ke bilik abejib dan miji ke bilik loh. Loh kongsi bilik dengan miji ke? Bukan, loh masuk bilik naim. Naim pula macam mana? Eh, anda belum tahu ke? Naim akan kahwin tak lama lagi. Boleh rujuk kad jemputan kahwinnya ini yang diupload ke FB beberapa hari yang lalu.

Apa yang menarik dengan cerita pasca kepulangan abejib ini ialah, dia tinggalkan biliknya dengan keadaan yang agak dahsyat. Positif dan negatif. Saya sekadar menceritakan apa yang positif, negatifnya biarlah saya yang merasakannya. Hihi. Barang-barang seperti duit syiling 25, 50, 100 piastres sangat banyak ditinggalkan berasingan. Di dalam laci, almari, fail-fail dan di mana-mana. Jumlahnya 10000 piastres atau mungkin lebih! Lagi seperti handphone yang hanya rosak skrin, keyboard muzik, dan paling menarik, USB broadband! Sudah tentu kad sim broadband tersebut tidak berfungi lagi. Itu saja yang kurangnya. Yang pasti, abejib banyak meninggalkan khazanah alam. Duit sejumlah 10000 piastres itu akan digunakan untuk kebajikan rumah, insya-Allah. Semoga ia dapat dijadikan amal jariah untuk semua. Amin.

Tadi, semasa mengemas ruang tamu dan menyusun kedudukan mesin basuh, Loh menceritakan ada satu perkara yang agak menggemparkan. Pahlawan Istad maju selangkah lagi kehadapan bila terdaftarnya sebuah blog dengan tajuk بهلاوان استاد اليوم  selepas wujudnya group di fb. Admin kita, Encik Amru kini lebih aktif! Semoga tiada pihak yang ingin menceroboh dan merosakkan blog tersebut. Hihi.

Majulah pemuda untuk Islam. Takbir!

Untuk renungan kita kali ini, marilah kita sama-sama meningkatkan amalan harian kita. Hari ini sudah 2 Zulhijjah, berbaki lapan hari daripada 10 hari yang terbaik sepanjang tahun! Jika berkesempatan, boleh layari blog Ustaz Zaharuddin yang menceritakan tentang Zulhijjah dan Aidiladha serta beberapa hukum. Semoga kita semua berjaya!

Glosari:
Ripuh
1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 
2. banyak kerja, sibuk, repot; 
3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.

5 Nov 2010

Saya sayang ahli bait saya

Macam mana saya boleh lupa nak update tiga perkara penting dalam entri semalam tu? Kerana saya ingin menulis, tapi tidak dirancang lebih awal. Itulah sebabnya, kenapa semua benda seeloknya kita tulis. Nak harapkan memori sendiri, sekejap ada sekejap tiada. Setuju kan?

Sebelum tidur malam semalam, dan juga sebelum kedatangan Jupa dan Yie ke Tanta, tuan rumah sewa ni datang nak bagi kiraan bil elektrik, gas, dan air. Kiraan yang sepatutnya boleh siap awal, terpaksa dilewatkan sebab ada dokumen daripada syarikah yang dia perlu rujuk lagi. Katanya.

Masa dia tengah kira bacaan meter elektrik dan gas, aku sempat tengok. Alhamdulillah macam semakin berkurang berbanding bil sebelum. Bolehlah berasa lega sekejap. Bila tengok bil yang dia hantar tu, alamak, macam mana boleh jadi lebih mahal? Tengok sekilas pandang, bil air sahaja sudah LE 192. Dalam masa lima bulan boleh kena bayaran sebanyak itu? Apa kes?! Bila ditanya, dia cakap semua bil air rumah dia kena nasib yang sama. Mungkin jumlah ini akan berterusan dalam bil-bil yang akan datang. Oh no!!!

Lepas subuh, bermulalah sesi pengiraan yang sepatutnya Najib yang buat. Saya bukanlah pandai sangat hal matametik, tapi terpaksalah. Selamba sahaja Ahmad Asraff Sanawi complain ya. Bagilah cadangan yang perlu ubah! Apa yang penting, duit yang aku terima dengan jumlah 'satu duit' itu rasanya semakin tidak mencukupi. Tolak tambah, sah sudah negatif! Kiraan untuk saya dan Najib untuk kali ini yang bermula 23.5.2010 berakhir 2.11.2010 ialah 'sesedikit' LE 186 sahaja! Ada orang yang baik hati ingin menolong? Kecil tapak tangan, Nikon D7000 saya tadahkan (ya, hasrat masih ada walaupun peluangnya tiada).

Saya perlu pendekkan entri kali ini. Perkara kedua, tentang kepulangan ahli bait, Wan Muhammad Najib (Abejib). Terlalu banyak kenangan saya, Abdullah Hafizzan, Mohd Naim dan dia. Suka banyak, duka pun banyak.Hihi. Profil fb dia, dirahsiakan. Saya ada benda yang ingin sampaikan di sini. Harap-haraplah anda yang membaca entri ini dapat tolong. Tolong sampaikan salam saya dan ahli bait yang lain (sementara dan tetap), juga kami ingin memohon maaf jika ada salah dan kasar sepanjang tinggal serumah (sudah tentu ada). Halalkan termakan aiskrim, termasak lauk, dan sebagainya. Untuk apa yang dah berlaku, dan apa yang tidak dijangka. Semoga dia selamat sampai ke Malaysia dan lulus temuduga kerja. Amin. (Ayat macam bagus).

Perkara ketiga, petang nanti, saya dan kawan-kawan akan turun ke Kaherah untuk menjemput adik-adik baru kami. Adik-adik baru Kuliah Al-Quran seramai empat orang. Dua antaranya akan tinggal di rumah ini - Muhamad Arif Yusoff yang ada Fan Clubnya yang tersendiri menggantikan tempat Mohd Naim yang akan berpindah tinggal berasingan bersama isterinya yang tercinta. Tahniah untuk ahli bait saya. Juga Ahmad Tarmizi yang akang menggantikan tempat Abejib. Ahlan wa sahlan. Rasanya, hampir semua bekas ahli bait saya yang keluar daripada rumah ini adalah untuk berkahwin!

Oh, namanya Bepang!

Sebelum terlambat (walaupun tuan punya badan sudah balik) saya nak ucapkan selamat datang ke Tanta buat Jupa @ Zul Faiz dan Yie @ Mohd Fikri. Sepatutnya semalam lagi saya update tentang ini, tapi tertunda. Maaf kepada dua kawan itu.

Apa yang menarik hari ini ya? Sudah pasti tentang tajuk di atas, bukan? Ya, namanya ialah 'bepang'. Sejenis kueh yang saya suka ketika zaman kanak-kanak dulu. Nasib baik hari ini 4.11.2010 dah borak pasal bepang. Kalau tidak, entah bila saya akan kenal nama benda itu. Terima kasih Jupa dan Yie. Harap-harap tak ada yang cakap aku ni 'daghak' lepas ni. Hihi.

Nak cakap tentang politik, saya bukan ahli yang betul-betul mendalami dalam hal ini. Tapi sekadar ingin mengulas sedikit apa yang berlaku pada Pilihan Raya Khas (PRK) DUN Galas. Apa yang sudah ditakdirkan berlaku, ia pasti akan berlaku. Samada PAS atau BN yang menang, ia sudah lama ditentukan Tuhan. Tapi bila membaca artikel di Harakahdaily, sememangnya kemenangan itu sangat tidak adil. Beberapa artikel yang menarik untuk dibaca bersama seperti kertas undi yang Tanpa logo: PAS bantah SPR tidak profesional yang sangat tidak munasabah. Antara lain, Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar? juga tidak patut berlaku jika inginkan sebuah pemilihan yang telus. Banyak lagi yang menarik, tapi sekadar dua pautan tersebut sudah cukup menceritakan betapa gawat SPR sekarang.

Perkara menarik yang ada kaitan dengan PRK DUN Galas ini juga, tentang soarang 'ulama' Umno yang tidak sedar diri. Semua sudah kenal nama Mohd Nor Idris yang terang-terang memaki MB Kelantan. Berita ini juga telah disiarkan dalam Malaysiakini. Dalam hal ini, Dr Mohd Asri Zainal Abidin juga telah menulis di dalam blognya yang bertajuk Kaedah Penilaian Mohd Nor Idris Tidak Normal dengan membawa beberapa kata-kata ulama dahulu dan ulama semasa.

Eh, banyak tentang politik kali ini ya? Kadang-kadang perlu juga mengambil tahu hal sebegini. Oh ya, lepas maghrib tadi saya keluar jalan-jalan ke Awwal Bahr, temankan Mohd Taufiq yang nak beli cadar untuk bilik barunya. Secara tak sengaja, saya terbeli karpet kecil. Ya, tidak sengaja. Hehe

Oh ya, team saya, Kara dan Kipas Kara melonjak naik dalam Liga Gumlah dan Liga Puok Kito. Dari semalam lagi saya tertunggu-tunggu sistem game tu untuk diupdate. Maklumlah, strategi agak menjadi. Hehe. Tahniah kepada saya! (Ayat paling poyo)

Ah, anda semua dah kenal apa itu bepang? Boleh google image atau lihat saja yang di bawah ini. Saya suka bepang yang bulat-bulat. Jom makan sama-sama!



Saya lupa daripada mana saya ambil gambar ni. Apa pun, terima kasih kepada semua. Tisbah 3alal Khair~

4 Nov 2010

Ikan Bulti Goreng Tepung

Berita dan perkembangan hari ini, tiada apa yang menarik. Tidak dapat ke kuliah atas sebab-sebab tertentu. Malam ini sambungan siri perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah lagi. Team Kara dan Kipas Kara masih berusaha mendaki anak tangga.

Keluar rumah selepas zohor, dengan hati yang mengharapkan ikan bulti goreng tepung. Sanggup tak tunggu chef Abdullah Hafizzan siap masak. Sudah pasti masakannya enak sekali. Hehe. Sampai Kahrobak, baru tahu bahawa bekalan air terputus. Kesian saya, sudah pasti projek ikan bulti goreng tepung terpaksa dibatalkan. Sob sob. Rehat dan susun strategi untuk perlawanan malam ini. (Macam best je ayat ni).

Saya ada menonton tv rancangan Nat Geo Wild. Dokumentari tentang binatang. Apa yang menarik, bila sama-sama menontot tv bersama Mohd Saiffuddeen ni, dia memang 'pemerhati' betul-betul dalam setiap paparan tersebut. Dia kata, "orang kafir je tak tahu kena sembelih bahagian leher. Ni singa pun tahu nak membunuh mangsa macam mana". Eh, ada betul juga! Orang kafir lebih bodoh daripada singa ke?

Itu tentang nat Geo Wild, bila tengok rancangan Oh Yeah, rasa macam menjadi juga lawak tu. Dia cakap, untuk lebih menceriakan hidup dan merapatkan hubungan silaturahim, kita mesti sentiasa sindir-menyindir. Dia cakap lagi, kita mesti sentiasa bercakap dengan nada yang tenang, muka mesti senyum, mata tengok ke atas, dan tangan ke dada. Cuba lah!

Sebagai tanda penghargaan kepada anda yang sudi membaca blog ini, saya hadiahkan 'rojok jjepuk mmalah buwatey tangey Mujahid Lutfi' yang dirikues oleh Abdullah Hafizzan. Selamat malam.


Gambar lain akan diupload di fb tidak lama lagi.

2 Nov 2010

Kita semua adalah ulama!

Kata Doktor Muhammad Salamah, "kita semua adalah ulama". Tidak kira apa bidang yang kita, tahap mana kita berada, atau berapa banyak pengetahuan kita. Beliau juga cakap, setiap Muslim itu ulama. Kenapa tidak? Sedangkan Allah berfirman di dalam Suran Ali 3Imran ayat ke-18 "شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ"

Wah, sebenarnya kita semua adalah ulama! Ya, dalam Tafsir Al-Qurthubi ada membincangkan makna ayat tersebut. Menurutnya, banyak pendapat yang mentafsirkan maksud kalimah وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ ini. Katanya, "ada pendapat ulama menyatakan, ia bermaksud sekalian Nabi 3Alaihimus Solatu Wassalam. Kata Ibnu Kaisan, ia merujuk kepada kaum Muhajirin dan Ansar. Maqatil pula berpendapat, semua orang yang beriman dari kalangan Ahli Kitab. Adapun di sisi As-siddi dan Al-Kalbi, ia merujuk kepada semua Mukmin".

Doktor juga cakap, ada yang mengatakan bahawa seseorang itu dianggap ulama apabila dia mengetahui sekurang-kurangnya tiga permasalah fikah. (Tiga je?) Itu saya ambil dari kalam doktor. :)

Jadi, apa peranan kita sebagai ulama? Saya tinggalkan anda semua dengan soalan tersebut, Kerana saya tidak ingin menulis tentang itu.

Itu cerita fasal kuliah tadi pagi. Apapun, saya berasa suka hati kerana Abah dan Ummi dah bank-in duit belanja bulan ini. LE720 dah banyak tu. Tapi kaya sekejap saja. Sampai rumah, terus tolak duit sewa, duit makan, duit internet, duit rusum kuliah, duit kitab kuliah, duit topup voda, dan duit lain-lain. (Masuk satu saja 'duit', tapi yang keluarnya 'berduit-duit'). Paling kurang, sudah dapat bernafas.

Bila dah dapat bernafas ni, teringat pula pada Ahmad Asraff Sanawi yang berada jauh di Kahrobak. Harap-harap esok dapat makan nasi lauk ikan bulti goreng tepung selepas gunting rambut. Saya menunggu jawapan yang tidak menghampakan sahaja. :)

Oh ya, malam ini perlawanan bola sepak Liga Juara-juara Eropah. Pasukan 'Kara' dan 'Kipas Kara' nampak sudah bersedia untuk naik ke tangga seterusnya (walaupun tidak banyak). Go Kara Go!!!

Off topic juga akhirnya. Hihi. Maklumlah, kerana saya ingin menulis apa yang saya suka.

Update:  Amer dan ET dah sampai ke Sabah pagi semalam. Semoga seronok bercuti dan banyak ambil gambar.

1 Nov 2010

Siap setup blog baru

Bismillah. Walhamdu lilLah. Saya tidak pasti blog saya ini yang ke berapa. Beberapa laman yang pernah disetup sudah lama tidak dijenguk. Antaranya kadaer.blogdrive (blog pertama - zaman awal-awal kenal dunia blog dan javascript). Tidak diupdate kerana kesilapan sendiri tidak back-up template asal sebelum diubah menjadi sedemikian rupa. Contoh lagi, al-qadiri.blogspot (kalau tidak salah, ini versi blogspot yang sudah berkali-kali dicuba dan digagalkan). Mula posting September 2007 dan berakhir July 2009. Dek kerana lama tidak diupdate, kata laluan pula terlupa. Terus malas recover dan terbiar sampai sekarang. Lebih senang setup yang baru, bersih lagi percuma. :)

Secara amnya, blog ini menceritakan pengalaman peribadi, suasana persekitaran hidup saya, dan perkara-perkara sekeliling saya. Untuk jadikan blog ini satu blog ilmiah, mungkin saya tidak mampu. Tetapi jika berkebetulan, mungkin ada.

Kerana saya ingin menulis, saya setup blog ini.

Tahniah, anda orang yang pertama membaca blog ini.